Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…
Selamat datang ke laman web SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur.
Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah dan mengalu-alukan pembinaan laman web SMK Seri Bintang Selatan. Dengan adanya laman web ini, SMK Seri Bintang Selatan telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.
Laman ini adalah himpunan maklumat, peristiwa dan berita SMK Seri Bintang Selatan - dulu dan kini. Ini adalah salah satu upaya SMK Seri Bintang Selatan bagi memperkenalkan sekolah kami kepada pengunjung dan penjelajah alam siber ini.
Laman ini dibangunkan atas dasar menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membawa pendidikan di Malaysia bertaraf antarabangsa. Perletakan maklumat sesebuah sekolah di laman web adalah salah satu agenda tersirat seruan tersebut.
Satu yang sudah pasti, laman ini boleh dimanfaatkan oleh semua warga pendidik di seluruh negara , bagi mengangkat kualiti dan martabat pendidikan ke suatu tahap yang amat cemerlang, melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan.
Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah melahirkan laman web ini.
Selamat menjelajah….sekian.Wassalam.