CADANGAN & ADUAN













Designed by:
SiteGround web hosting Joomla Templates
Program Khemah Ibadah 2010 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 02 July 2010 08:53
khemah_ibadah_2010
Program Khemah Ibadah 2010 peringkat SMK Seri Bintang Selatan telah diadakan pada 25-26 Jun 2010 bertempat di Surau Kompleks Seri Bintang. Program ini merupakan program tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Matlamat utama dibuat program ini adalah bagi melahirkan pelajar Islam yang bermotivasi, beriman dan mempunyai ketahanan diri dan sosial bagi menghadapi cabaran duniawi dan ukhrawi serta mampu menjadi mujahid Islam yang akan menegakkan agama Allah. Antara objektif diadakan program ini:
i.   Membina roh keimanan pelajar berasaskan kefahaman ikrar syahadatain.
ii.  Membentuk sahsiah ke arah generasi pelajar dan remaja soleh yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
iii. Menyemai dan mewujudkan sifat-sifat budaya terpuji di antara pelajar dan guru, pelajar dengan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat.
iv. Membolehkan pelajar Islam mahasabah diri untuk membina kekuatan diri.
Last Updated on Friday, 02 July 2010 09:52
 
Kursus amali ibadat haji PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 20 May 2010 14:55

Ibadat haji merupakan salah satu daripada rukun islam yang ke-5.Di peringkat sekolah kursus ini diadakan setiap tahun bermula tahun 2004 hingga kini.Pada tahun ini pihak sekolah telah meluaskan penyertaan program ini dengan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dari sekolah-sekolah angkat YPC dan sebuah sekolah setiap zon.Program ini ternyata berjaya menerapkan ruh Hilawatul Iman ( kemanisan iman ) dalam menunaikan ibadat kepada ALLAH,merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan masyarakat luar.Komitmen yang jitu daripada Pegawai Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi pemangkin kejayaan sekolah dalam program ini.Pihak sekolah jugak telah mendapat bantuan dan sumbangan dari Yayasan Pelajaran Cheras (YPC) dan Majlis Agama Islam Kuala Lumpur.

Tarikh              : 06 Mei 2010 ( Khamis )

Tempat            : Auditorium Kompleks Seri Bintang

Last Updated on Friday, 21 May 2010 12:21
 
Kem Kecemerlangan Matematik 2010 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 20 May 2010 14:43

Projek panitia matematik di bawah peruntukan kluster matematik bertujuan memberi pendedahan  dan menyiapkan pelajar untuk menghadapi alam  kerjaya pada masa hadapan.Selain itu program dua hari yang disasarkan kepada murid tingkatan 1 dan 2 ini juga bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik dan menggalakkan pemikiran kreatif  dan inovatif dalam kalangan pelajar.

 

Tarikh              : 22-23 Mac 2010 Murid Tingkatan 2

24-25 Mac 2010 Murid Tingkatan 1

Penceramah    : Ardentedu Konsultan

 

Last Updated on Thursday, 20 May 2010 14:58
 
Majlis Anugerah Cemerlang 2010 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 20 May 2010 14:40
Majlis diadakan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid atas kejayaan yang telah dicapai dalam bidang kurikulum.Murid-murid yang menunjukkan  prestasi cemerlang dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam diberi hadiah.Diharap melalui program ini murid-murid akan lebih bermotivasi meningkatkan kecemerlangan diri.

 

Tema                : Kurikulum Dijulang Kegemilangan Diraih

Tarikh               : 17 April 2010

Tempat             : Dataran Bestari Smk Seri Bintang Selatan

Perasmi             : Ybhg. Datuk Hj Salleh B.Yusup

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Last Updated on Thursday, 20 May 2010 14:41
 
Program Easy Math PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 20 May 2010 14:37

Program ini bertujuan memupuk minat murid-murid smksbs terhadap mata pelajaran matematik dan menganggap matematik amat mudah dan menyeronokkan.Murid-murid juga diharapkan dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan berasaskan matematik.

Tarikh                 : 7,8 April Dan 4 Mei 2010

Sasaran               : Murid Tingkatan 3 & 5

Tempat              : Bilik Seminar Mahani Mahbar

Fasilitator            : Wirajaya Excellence Consultancy

Last Updated on Thursday, 20 May 2010 14:39
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 1 of 7
PEPERIKSAAN SPM 114 Days
PEPERIKSAAN PMR 66 Days

Kalender SMKSBS

previous month July 2010 next month
M T W T F S S
week 26 1 2 3 4
week 27 5 6 7 8 9 10 11
week 28 12 13 14 15 16 17 18
week 29 19 20 21 22 23 24 25
week 30 26 27 28 29 30 31

Program Terkini

No events

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday7
mod_vvisit_counterYesterday183
mod_vvisit_counterThis week982
mod_vvisit_counterLast week1227
mod_vvisit_counterThis month4682
mod_vvisit_counterLast month4928
mod_vvisit_counterAll44876

Online (20 minutes ago): 1
Your IP: 38.107.191.104
,
Now: 2010-07-31 04:39

buli